Wednesday, May 20, 2009

Junior yang mendapat tajaan!!!

Tahniah kepada junior-junior di SMS Sultan Mohamad Jiwa(Sains Kedah) yang menerima biasiswa Mara/JPA/Pet dan sebagainya sama ada di dalam atau di luar negara.

Seandainya adik-adik memerlukan bantuan dari segi nasihat dan sebagainya,bolehlah menghubungi abang-abang dan akak-akak Optima0105 melalui email,ym atau pon facebook. Hanya search nama abang-abang dan kakak-kakak di facebook, insya Allah kami akan add.

Sekiranya masih menghadapi kesukaran untuk berhubung dengan abang/kakak, sila check link ke blog ahli-ahli Optima0105 atau tinggalkan komen anda. Selamat Maju Jaya. Jangan lupa Berilmu dan Berbudi!

Sunday, May 17, 2009

Perutusan Hari Guru 2009 dari Optima0105

Dengan ini, kami warga SMS Sultan Mohamad Jiwa batch 2001-2005 ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru di SMS Sultan Mohamad Jiwa yang telah banyak berjasa mengajar kami selama 5 tahun kami di sana. Kami juga turut mendoakan semoga guru-guru semua panjang umur dalam kesihatan dan kebajikan. Insya Allah,kami akan kembali ke sana membalas jasa guru-guru. Maafkan kami andai kesibukan kami menyebabkan kami kadang-kala terleka dan lalai dalam mengingati jasa guru-guru.