Wednesday, July 16, 2008

Program "Sireh pulang ke gagang"

Salam semua. Sebagaimana yang diketahui, Optima0105 baru sahaja selesai mengadakan program motivasi buat pelajar-pelajar tingkatan tiga tahun 2008. Pelbagai perkara dikongsi bersama adik-adik dan ternyata adik-adik juga pandai mencungkil rahsia abang-abang kita. Namun,secara puaratanya, program ini berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa perkara yang tidak lancar ditambah lagi dengan masalah histeria. Dan saya juga secara peribadinya berpendapat semangat Optima0105 bukan setakat ini sahaja,diharapkan program seumpama ini yang berteraskan slogan sekolah yakni "Berilmu dan Berbudi" akan diteruskan dimasa akan datang. Kepada para pelajar tingkatan tiga,rasanya masih tidak terlambat untuk kami di Optima0105 mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang program dan juga kami ingin mengucapkan semoga berjaya didalam PMR dan berjaya mendapat tempat pertama di negeri Kedah dan insyaAllah di Malaysia. Sama-samalah kita harumkan nama sekolah. Semoga berjaya.

:: lagu tema pelajar tingkatan tiga 2008 ::
Standing In The Eyes Of The World

Pahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajah "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...



Fasilitator
Muhamad Nabil Fikri Bin Jamaluddin.
Mohd Khamsani Bin Ahmad,
Muhd Naim Saifullah Bin Abd Rani,
Shiham Bin Mohamud Fouzi

Fadli Raihana Binti Mohd Napiah,
Fatin Nur 'Aisyah Bt Ahmad Fauzi,
Fayadh Aiman Bin Fauzi,
Khairul Jafni Bin Abd Hamid,
Melven Witty Ugap,
Mohd Akmal Bin Radzuan,
Muhamad Fakhurrazi Bin Mohamad Bakri,
Muhamad Shakir Bin Abdullah,
Muhammad Solihin Bin Mohd Razali,
Nur Syafina Bt Abdul Razak,
Nurul Nadiatul Akma Binti Berahan,
Prathom Suwanno A/L Pet,
Rohani Binti Ahmad