Monday, June 19, 2006

tajaan JPA dalam negara

JPA tawar 5,000 biasiswa ke IPT


KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,000 biasiswa akan ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar yang mendapat tempat bagi program diploma dan ijazah sarjana muda di universiti tempatan untuk Sesi Akademik 2006/2007.


Ketua Unit Komunikasi Korporat, Bahagian Penyelidikan dan Perancangan JPA, Hasniah Rashid, berkata tawaran biasiswa itu adalah untuk semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan tiga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) iaitu Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia.

Katanya iklan tawaran biasiswa itu akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my dan dalam akhbar Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan New Sunday Times pada 25 Jun.

Ulangan siaran iklan itu akan dibuat di akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan New Straits Times pada keesokannya, 26 Jun.

“Permohonan biasiswa hanya boleh dibuat secara dalam talian dan permohonan tidak dikenakan sebarang bayaran,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Hasniah berkata tawaran biasiswa terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali pendidikan di semua IPTA dan tiga IPTS yang disenaraikan.

Menurutnya, pemohon yang memilih bidang kritikal seperti Perubatan, Pergigian dan Farmasi akan diberi keutamaan.

Proses pemilihan untuk biasiswa itu tidak membabitkan sesi temu duga dan pemilihan calon berdasarkan kepada kecemerlangan akademik dan kedudukan sosioekonomi keluarga.

Katanya sebarang pertanyaan mengenai program penajaan biasiswa dalam negeri boleh dibuat melalui e-mel: esila@jpa.gov.my atau menghubungi talian 03-88853049 mulai jam 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari bekerja.

Selain itu, maklumat lanjut boleh didapati di kaunter Bahagian Latihan sempena program JPA Bersama Pelanggan pada 30 Jun ini di Aras Lobi, Blok C2, Parcel C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 117 calon Ijazah Luar Negara 2006 berjaya dalam proses rayuan dan surat tawaran telah dihantar melalui perkhidmatan pos kepada calon yang berjaya.

Bagi sesi 2005/2006, JPA menawarkan biasiswa kepada 5,518 pelajar yang mendapat tempat bagi program diploma dan ijazah sarjana muda di universiti tempatan dan tiga universiti swasta.

Sesi yang sama turut menyaksikan hampir RM198 juta dibelanjakan kerajaan bagi menanggung kos pengajian 5,997 pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara, merangkumi perbelanjaan pengajian, elaun, insurans kesihatan dan tambang kapal terbang.

Daripada 5,997 pelajar terbabit seramai 4,154 orang menerima biasiswa manakala 1,843 lagi mendapat pinjaman JPA.

21 comments:

de_hydrates said...

yg tu utk lepasan matrik ngan diploma kot?

azam said...

hmm..ye ke?
tapi, kan ade gak yg utk spm..

JPA tawar 2 pilihan..
1)luar negara-yg dah lepas
2)dalam negara-yg baru ni kot..

tapi, nanti try tgk dulu la 25 jun ni..sbb, aku baca kt BH online tu, kata utk spm student...

nanti try tgk lain

azam said...

..."Kuala Lumpur:Sebanyak 5,000 biasiswa akan ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar yang mendapat tempat bagi program diploma dan ijazah sarjana muda di universiti tempatan untuk Sesi Akademik 2006/2007.".....

utk sesi 2006/2007--->batch kita kan?

azam said...

tapi..aku pon confuse gak nih...

sesi 2006/2007 ni, utk batch kita ka or batch yg sblm tuh??... tolong leraikan kekonfiusan aku nih..

de_hydrates said...

keskeskes~

x tau..

FaiQ said...

aku rasa JPA tu utk lpsn matrix n doploma.

squeegy said...

fyi, kompom offer 2 utk dak2 spm

azam said...

hmm..really? i c

squeegy said...

yes! sure dude!

PuYiE said...

aiyoyo...utk pra-ijazah tarak ka???

de_hydrates said...

lol~

squeegy said...

x slh aku, prasekolah ada kot..try tgk (",)

FaiQ said...

Katanya iklan tawaran biasiswa itu akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my dan dalam akhbar Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan New Sunday Times pada 25 Jun....

bdk2 lpsan matrix maaa..

PuYiE said...

hurm..alamat pakai biasiswa FaMa la aku smpai tahun depan..pastu br bley apply JPA...huh~~

de_hydrates said...

keke.. xpa2 puyie.. sabaq2.. :)

squeegy said...

assobru minal iman (",)

Lah said...

huahuahua.. x habih2 ngan pizza hut dia.. biasiswa pizza hut xdak ka???

PuYiE said...

betoi gak cah..biasiswa meggi mawi dah ada dah..rm 100k tu...

squeegy said...

dlm otak hg hanya wujud perkataan.....MAKANAN! muahaha~~

squeegy said...

nk schorlarship? ble jerk. siap aku bg baucer mkn FREE kt piza hut seumur hdp. tp tunggu aku jd ceo pizza hut staun dr skrg..haha

Lah said...

pi mati laaaaa.. jom kwn2 kita pi try megi mawi nya scholar 100k tuh.. leh wat mcm2 huahuahua.. huahuahu.. biasiswa asak ada gak.. try laa apply..